Pages

Tuesday, August 11, 2015

Apa Khabar semua....

Assalam alaikum.warahmatullah.
Syukur kepadaNya atas rahmat dan nikmatNya yang tidak terhingga. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca yang budiman. Mungkin kalian tertanya- tanya mengapa saya lama tidak 'update' blog saya ini. Betul tak?

Sememangnya saya memang sibuk. Apapun saya cuba untuk tulis juga. Untuk yang tak dapat saya kongsikan saya mohon maaf zahir dan batin.

Ni aktiviti saya penghantaran ke sebuah sekolah di Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Para gurunya sangat suka makan murtabak daging keluaran syarikat saya. Mereka tak mahu ambil gambar. Akhirnya saya juga yang diambil gambar di dalam bilik operasi guru-guru. Ini entah yang kali ke berapa entah punya delivery yang bermula sejak dekat-dekat nak puasa lalu.

Anda nak cuba produk hebat skaya ini? Pasti tidak mengecewakan!
ENAK SENTIASA INGAT RASA. Semestinya Esir Frozen.

Jumpa lagi. Salam Aidilfitri 1436H

Isa aka Esir

Tuesday, December 23, 2014

Assalam alaykum dan salam sejahtera semua.
Lame sungguh saya x online kt cn. maybe banyak kt FB jer kot..Apapun saya doakan anda semua sejahtera dalam rahmatNya.

Hampir setahun juga saya x post kat sini. pelbagai peristiwa dan pengalaman yg sy perolehi suka duka sepanjang tahun ini. Sungguh memberi kenangan dan pengalaman. Alhamdulillah Esir Frozen semakin mengorak langkah untuk pergi lebih jauh. Walaupun agak perlahan, namun perjalanannya banyak yg boleh dibanggakan...

InshaAllah saya akan sambung lagi...doakan saya diberi kesihatan yg baik utk terus menukil di lembaran blog ini. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat. Amin...

Salam kasih sayang...

Enak Sentiasa Ingat Rasa

ESiR....23/12/14

Sunday, February 23, 2014

Pencapaian awal 2014..Alhamdulillah Syukur...

Assalam Alaykum dan Salam pg Ahad semua. Maaf lame x bersiaran banyak urusan kat luar cuma berkesempatan update kat FB shj. 

Errmm.banyak perkara yg berlaku pada awal tahun baru 2014. Antaranya dapat geran utk upgrade packaging sedia ada ke tahap yg lebih baik. InshaAllah akan ade fakta nutrisi, barcode dan brand jenama ESIR Juga dpt JV utk kerja pemprosesan membuat murtabak dgn kuantiti yg banyak atas jenama DAMIA. Ini semua perancangan dalam tahun 2014 ini. Dari segi pemasaran pula Alhamdulillah Esir Frozen telah mengorak langkah lebih jauh untuk memasarkan produk sejukbeku popia otak2 dan murtabak ke Negeri Dibawah Bayu Sabah. Alhamdulillah, telah pun berjalan. Selain itu dapat dipasaran ke pasaraya Az Zain bukit Rahman Putra, Sg Buloh, Az Zain Bandar Tasik Puteri. Barokah Halal MArt Bandar BAru Bangi. Juga pasaran sedia ada. 

Itulah powernya konsep THE MORE U GIVE THE MORE U GET BACK!..it's proven that was happen to me...nilah hasilnya...

Alhamdulillah, berkat doa sahabat2, ahli keluarga dan para pelanggan semua, produk popia otak2 Esir atas jenama DAMIA telah pun berada di Menara Mara iaitu di Cake Republik aras 3 bersebelahan dgn food court. Sambutan amat2 menggalakkan. Terima kasih atas sokongan. Terbaru kita akan supply utk Halal Mart Subang pula. Semoga di permudahkan. Segala nya hanya Allah yg mengizinkan segala pencapaian dan segala menjadi realiti.  Amin..Amin..Amin..semoga berterusan dan berkembang...

    

nnt sy update lagi yer!..

see ya..

ISA

Monday, November 4, 2013

Hari Peladang Dan Penternak Peringkat Negeri Selangor

Assalam alaykum warahmatullahiwabarakatuh...

lame jugak aku tak mem'blog' ni..sgt2 sibuk..yg sempat dan senang aku update ialah facebook shj..
Terlebih dahulu aku memohon jutaan ampun dan maaf lame tak tulis apa2 kat blog ni.. .

Petang tadi Alhamdulillah aku telah dianugerahkan sebagai pemenang pertandingan produk sejuk beku Industri Asas Tani atau IAT bagi kategori Murtabak Frozen. Alhamdulillah..

Wife aku pun menang jugak walaupun jd bidan terjun acara mengubah sirih junjung...terbaeeeek...dapat tempat ke-3...
Berlangsung di IADA Barat Laut, Kuala Selangor sempena Hari Peladang Dan Penternak Negeri Selangor (HPPNS)





Mudah-mudahan segala usaha ini diberkati Allah dan menjadi inspirasi kepada sahabat2 usahawan yang lain. Jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Gombak khususnya Pn. Lily yg slalu memberi ruang dan peluang utk saya ketengahkan skill sy. Alhamdulillah skill dan kemahiran saya dihargai dan bebaloi2...

Alhamdulillah sambutan kepada produk2 keluaran Esir Frozen semakin mendapat tempat dihati para pelanggan.

Tuesday, June 18, 2013

Kunjungan Dr.Irfan Khairi dan delegasi dr KKLW ke Esir Frozen

Assalam Alaykum kpd semua sahabat blogger yg aku respect, sayang dan dikasihi...Aku doakan semoga korang semua dalam rahmat Allah SWT, dgn segala rasa syukur atas nikmatNya yg tak terhingga.

Alhamdulillah esempatan ini aku nk share apa yg berlaku kt Esir Frozen baru ini. Permulaannya adalah aku telah dihubungi oleh pihak KKLW untuk datang melawat tapak projek yg aku buat sekarang nila..Kul 11 pg bertarikh 13/6/2013...Mmg x plan aper..semuanya ad-hoc. Mmg kebetulan wife aku nga cuti aku minta tolong masak utk lunch...tetamu yg dtg seramai 6 org semuanya.

Tepat jam 11pg menuju ke tmpt aku 3 buah kenderaan. Cuma yg aku terkejut kereta akhir yg masuk ke tempat aku ni. Mmg keta mewah..PORCHE..wa cakap lu...korang tau sapa dalam keta tu...Dr. Irfan Khairi rupenyer..Mmg aku tak expect seorang jutawan internet yg hebat akan dtg bertandang ke tempat aku..


Selepas bersalaman dgn semua org kecuali seorg pegawai KKLW yg perempuan..aku mempersilakan dorang masuk melihat sendiri projek yg aku buat sejak 7 thn yg lalu. Rupa2nya program ini dorang nk rekod kan..pengarahnya adalah Abg Razzi Rahman..salah seorg penyanyi yg aku minat dulu zaman sekolah menengah..



Dalam sessi itu, Pegawai KKLW yg berwarna merah putih dan juga Dr. Irfan Khairi sebagai interviewer bertanyakan byk soklan berkaitan bagaimana permulaan projek ni, sapa yg bantu, dr mana dpt dana dan sebagainya, apa cabaran yg aku hadapi, ke mana arah tuju projek ni utk long run,. aku tackle satu2 beb!...bio dorg puas hati...

Abis jer sessi tu semua, aku jemput dorang makan dan sessi lawatan ke dalam kilang dan juga sekitarnya...
Akhir sekali sessi bergambar bersama2 dgn semua delegasi yg dtg..Aku mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan bermakna ini.


Tak lupa juga aku bagi semua org yg datang tu sedikit buah tangan sebagai ole-ole berupa produk otak2 aku yg kebetulan mmg ader stok intead of karipap dan samosa...

Terima kasih banyak atas penghargaan ini dan kunjungan Tuan2 ke Esir Frozen...

Sekian terima kasih...



Wednesday, May 29, 2013

Alhamdulillah...syukur...

Assalam alaykum kpd semua pembaca yg budiman...

Alhamdulillah mlm ni aku dapat lagi tulis untuk aku kongsikan dgn korang. Of course la cabaran dalam perniagaan ni mmg tidak boleh dinafikan. Yang penting kita kena bulatkan tekad, yakin serta fokus apa yg kita buat. InshaAllah akan tercapai.

Alhamdulillah mgu ni yg agak sibuk dgn pelbagai urusan termasuklah anak2 yg sedang menikmati cuti sekolah 2 mgu..mmg kena uruskan masa dgn terbaik..Thank very much to my Wife..yg amik cuti seminggu..ni actually die sgt2 cbuk dgn urusan pengajiannya. Maklumlah nk xzam dah ni..assignment pun melambak..pandai2lah bahagikan masa...

Oklah aku x nak citer sgt pasal family ni, aku lg suka share pasal bisnes aku ni. Td masa aku nga makan malam kat luar tetiba phone aku berdering, aku pick up..rupanya customer 'Otai" aku call. Die mintak aku putuskan mlm ini jugak pasal nk masuk brg baru ke dalam hospital. Deal punya deal...dlm phone jer..dpt keputusan yg bagus..InshaAllah besar kemungkinan produk popia otak2 aku n' cubadak aku akan masuk hospital sebagai tambahan dari produk yg sedia ada masuk ke dalam hospital iaitu karipap kentang, samosa kentang dan popia sayur. Korang pepaham ajerla kan kalau hospital minta supply  bukan 3-400 bj punyer citer..sanggup x sanggup jer kita nak supply...Alhamdulillah...aku menyatakan kesediaan aku utk supply 2 item yg aku sebutkan tadi...

Ini semua ketentuan Allah. Kita hanya merancang dan Dia lah yg menentukannya. Mmg ramai yg cakap bukan senang nk supply utk hospital especially kompeni kecik mcm aku ni.. tapi walau macamana sekalipun...walaupun kecik..tapi kita kena 'THINK BIG"..kalu x mmg kita tak bole nk coop...

Aku tak kata produk aku d best!..tp apa yg faham ialah bila sesuatu produk itu boleh diterima oleh org2 besar sykt ia adalah satu penghargaan yg cukup besar..kpd aku..yg dulu berhempas pulas utk mendapatkan resepi yg betul2 baik..hatta terpaksa berbelanja besar utk mendapatkan "sifu" yg terbaik..utk aku belajar...

Oklah nnt ader masa aku nk share lagi dgn korang yer...

Sekian, wassalam...

like my page www.facebook.com/esirfrozen


ENAK SENTIASA INGAT RASA


Thursday, May 23, 2013

Nukilan

Assalam alaykum wrt wbt buat semua pembaca blog ku ini..aku doakan kalian semua dalam rahmat Allah SWT..

Alhamdulillah syukur baru selesai sessi interview utk pengambilan staff baru...cuma nak buat pemilihan tu mmg akan amik masa jugak...tapi Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan hebat2 latar belakang yg bagus2...

Abis ni, aku nk kena standby barang untuk esok..walaupun cuti umum semua staff kerja..so kena bayar tripple la ni..xper yg penting permintaan pelanggan dapat dipenuhi dan sampai tepat pada masanya..Walaupun perusahaan ini dalam kategori mikro, tapi aku tak nak nampak mcm mikro, kita berupaya pergi lebih jauh dan berjiwa perusahaan sederhana..

Alhamdulillah sambutan setakat ini amat2 menggalakkan sehingga stock pun tak cukup, kekadang terpaksa guna kengkawan yg seangkatan utk top up stock yg kurang...tapi secara overall pelanggan berpuashati walaupun ader sedikit kekurangan mgkn dr segi taste yg berbeza, namun semuanya ok...

Aku bercadang nak buat makan free hujung bulan ni di kilang aku sendiri, nk jemput semua org kuang dtg rasa sendiri produk aku, aku akan goreng dan bagi makan percuma. cuma nk tentukan masa sama ada pagi atau pun petang, cz byk benda yg nk kena pk jugak ni..

Aku ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelanggan aku, juga jutaan terima kasih aku ucapkan selama ini telah menyokong Esir Frozen sehingga ke tahap ini. InshaAllah Esir Frozen berusaha untuk memberi yg terbaik kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan yg disayangi..mereka memberikan komen membina..cadangan dan teguran yg banyak memberikan utk tujuan penambahbaikan...

apapun yg kita buat mesti ada FOKUS, dan kena tau selok belok bidang perniagaan yg kita ceburi..

Aku doakan kalian terus Kaya dan Berjaya Dunia dan Akhirat..amin..

salam

Esir
Enak Sentiasa Ingat Rasa

www.facebook.com/esirfrozen